Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 22, 2011

cerita basi

dear bloggers,

Actually cerita ini sudah basi tahap berulat..cerita tentang event yang telah dijalankan oleh semua student part 4 fakulti bisnes uitm shah alam..Event itu adalah operasi khidmat masyarakat (OPKIM)..ada 35 bas uitm telah disediakan untuk peserta dan tempat yang akan dituju juga berjumlah sebanyak 35 buah tempat..Setiap bas akan menuju ke destinasi yang berbeza..1 group seramai 35-40 orang akan ditempatkan ke dalam 1 bas..And saya bersama semua rakan sekelas seramai 36 org telah dibawa ke KG ENDAH yang terletak di tanjung sepat BANTING..Memandang kan member2 yang lain sudah lama mengupdate kan cerita tentang opkim di blog, maka dengan muka selamba nya saya ingin juga bercerita tentang perkara yang sama dan berkemungkinan gambar2 yang bakal diupload juga adalah gambar yang sama..

Ok! OPKIM ini tak adalah lama sangat..3 hari 2 malam je which is 11-13th march 2011..Semua orang konon nya akan bergerak dengan bas masing2 pada pukul 3..Bayangkan time itu hujan dan semua bergesa2 nak berkumpul dekat padang kawad uitm shah alam. hampeh betul..Last2 bertolak pukul 4 lebih..Kami sampai ke destinasi iaitu Kg. Endah pada pukul 6pm tepat..bayangkan kami macam budak2 sekolah yang join trip..Semua berpakaian warna biru..Smart kan..haha..sampai je kat sana ibu-ibu dan ayah-ayah angkat masing-masing sudah sedia menanti kehadiran anak angkat mereka..awww...sayu gila..haha..

muka kami yang tak sabar menunggu bas

saya.awatif.syafa



muka ceria yang tidak terhingga terpampang di wajah azi dan ila  setelah sampai di Kg Endah.

Sampai sahaja masing-masing mencari keluarga angkat masing2 dan terus pulang ke rumah masing2..btw..ni haaa..nak habaq mai..1 rumah 2orang student..and saya berkongsi kasih sayang keluarga angkat dengan si Anis Adibah Ibrahim atau lebih manja dipanggil ANIS oleh keluarga angkat kami..padahal kawan2 semua panggil dia diba je..nk glamor lebih la kau diba..haha

ini lah mak angkat kami..guess how old was she..haha..umur mak sekarang sudah mencecah 60++..muda kan..

Hari pertama tak ada lah cerita best sangat nak dikongsi..and aktiviti pon tak ada..hari ini adalah hari sesi suai kenal keluarga angkat masing2..Jeles tengok kawan2 yang lain dapat merasa ada adik angkat yang still kecik..adik angkat saya  umur 21 kot..bawah setahun je..huhu..nvm la..hari kedua kami cadangnya nak buat senamrobik awal pagi tapi disebabkan ramai benar late comers time itu so dibatalkan hasrat nak bersenam..yang comel nya masing2 datang ke tempat berkumpul dengan basikal masing2..

btw ini lah antara muka2 late comers yang menyebabkan kami tak dapat bersenamrobik..haha

jangan terkejut yang budak2 lelaki kelas saya pun berbasikal siap bakul lagi..

sila abaikan keORENan kami..

saya berposing dengan si aiffa yang tidak berbasikal time itu..

Kami start  hari kedua kami dengan aktiviti gotong royong sekitar kawasan Kg. Endah dan juga memasak masakan traditional orang jawa iaitu nasi ambang..Ok actually saya tak tahu macam mana rupa nasi ambang itu..dalam otak pikir pelik2..sedap ke? mcacam mana rupa dia? hahaha..Macam2 gelagat budak2 kelas saya ketika sama2 menyediakan alatan memasak..Kitorang juga ada tetamu lain yang turut serta menolong menyiap kan nasi ambang which is student2 dari UIA..korang memang best..huhu


jangan pandang rendah pada budak lelaki kelas kami..mereka handal potong ayam terutama bahagian PEDAL..
Ada yang sibuk basuh periuk belanga, menggoreng, masak nasi, menggatal dengan budak2 UIA..huhu..macam2 gelagat la..Tapi yang penting kami semua sempoi habis..

aksi ben dan nashriq menyerih nasi

kami yang sedang memasak ayammasak kicap, ikan masin dan bihun goreng.

sesi membasuh kuali dan periuk belanga selepas done segala.

DAN

taadddaaa...inilah hasilnya..nasi ambang UITM dan UIA..

muka2 pelahap budak UITM bila berdepan dengan nasi ambang..
enjoy your meal!

Selepas melantak nasi ambang dengan pelahapnya semua student UITM balik kerumah masing2 dan prepair untuk aktiviti petang itu..petang tu punya aktiviti is cycling..berbasikal keliling kampung..best + letih kata diorg lah..saya tak letih..apa guna diberi motor oleh keluarga angkat kan??haha..

ni antara aksi2 jakun member2 saya ketika berbasikal..

Pada hari terakhir kami, kami berkumpul di tempat mula2 kami berjumpa dengan family angkat masing2..berkumpul pada jam 8 pagi..mulalah proses menangis terutama bagi si gadis2 UITM sebab nak berpisah dgn keluarga angkat masing2..


lawa kan..ini lah rumah contoh a.k.a rumah angkat sai dan amira..

sempat lagi si pondan2 ni bergambar..

kononnya calon2 ratu malaysia la ni..

saat2 sebelum naik bas


saya, diba dan yen..lawa kan awan tu..

huhu..kecomelan ku yang paling terserlah..


bye ibu2 dan ayah2 kami..
Naik je bas kami terus ke pantai moreb..Saja nak tengok keindahan dekat sana..Nak mandi takut leka sangat sampai tak ingat nak balik..so kami mati kan hajat kami untuk mandi dan hanya snap2 gmbar sahaja..sedih...sob2..

kami semua happy dalam program tersebut..location:pantai moreb















No comments:

Post a Comment