Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

tolong lah jgn buat parents or mertua camni.

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini. 
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini..



Friday, January 21, 2011

mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Thursday, January 20, 2011

mimpi tiba-tiba

hye..ok..tutup mulut n bace je ape yg aq tulis..aq tao yg blog kali ni sepatutnye aq post zaman batu dulu kala..tp time tu x terpikir pn nk post pasal ni..lg 1 yg aq pelik nye ble aq x update blog sume menanye why?who?where?when?which? sume W kuar..n ble aq da update ade lak yg kate ko mimpi ape update blog tbe2..ble da update mcm obsess berblog lak kn..tgk je la..selang sehari aq update..amik kao..haha..x kesah la..blog hari ni untuk saje2 nk isi mase lapang aq kat umah..hari ni kn thaipusam..n class pn x de..tu yg bosan smpai terlintas niat nk berblog..lol..pagi td aq saje2 godek2 laptop kesayangan aq yg sedang nazak..tergedik lak tangan nk bukak folder gambar..terbukak la folder konvo..rndu lak moments konvo..jmpe kawan2 yg da lame berpisah..comel je sume..msg2 berbunge d tangan..congratez kawan2..aq tao aq ish paling lambat..mane x nye..konvo 5th december tp aq post 20th january..x mcm lame lak kn..dari zaman dinosaur smpai ke zaman morden ni..haha..kami selamat grad sebagai pelajar DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN PENGANGKUTAN.. setelah3 tahun study d segamat johor..selame ni aq kutuk2 segamat tp d situ la aq mendapat segulung diploma..dan kini aq berjaye mnyambung pelajaran ku ke tahap yg seterusnye which is degree in business transportation..seronok time konvo tu..sume pmpuan tggi2 nk mampos..ye la..kn peraturan girls kne pkai hills minimum 0.5 inch..ade member sorg tu smpai 5 inch pakai..x pasal2 die tggi dr aq dat day..u know who u r..hahha..x sume pic aq nkmasuk kn...leceh..huhu..bia x byk pic jnji memory always d kepale rite??

saat-saat sblm masuk ke dewan annexe uitm s.alm..bratur panjang nk mampos + panas pakai jubah tebal..

aida nabila..me..wan nurasilah

sementara menunggu turn nk masuk dewan

sumpah aq suke picture ni..credit to tisu!!

aq hadiah kn gambar ni utk sume yg tlg aq utk success dlm diploma aq..

yeah!!!gambar baling topi yg di idam kn oleh semua para graduan..

thats all..




Wednesday, January 19, 2011

Setiap orang ada fantasi. Setiap orang ada impian.

Kepada semua orang yang bercita-cita untuk ada misai ala Datuk K atau A. Galak dan teringin menjadi seorang sugar daddy tetapi tidak kesampaian, aku boleh bantu kamu capai impian tersebut.Belilah buku Perempuan Simpanan dari mane2 bookstore x ksh la kinokuniya ke MPH ke popular, Boarders atau kedai buku di jalanan..Nescaya, dengan memiliki Perempuan Simpanan, kamu akan rasa seperti kamu ada misai ala Datuk K atau A. Galak dan diri kamu adalah seorang sugar daddy.

sila beli selagi stock masih ada..

bryan oh bryan

Semalam aku tonton filem Twilight.

Babak dimana kulit Edward Cullen berkilau-kilau bila dia terkena cahaya matahari tu membuatkan aku terus teringat pada Bryan Boy.

Sebab Byran Boy kata "I am so gay, I sweat glitter!" Heh..
Tapi memang cantiklah kulit Edward Cullen yang berkilau di bawah sinaran matahari tu.

Aku rasa M. Daud Kilau pun boleh jealous.


Ini Bryan Boy.