Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 10, 2011

S.E.X.Y

semua org sexy..Kesexy-an terserlah dalam pelbagai cara, keadaan dan rupa..buat apa nak disorok sexy itu? sexy lah yang membuatkan insan2 lain tertarik dengan kamu..tidak perlu rasa rendah diri gila bila anda menunjuk kan sexy anda pada orang lain..trust me..anda memang hot..x kira lah anda perempuan mahupun lelaki..anda sexy dimata saya..

ada yang beranggapan bahawa mulut mereka sexy
ada yang terasa sexy bile melakukan pendedahan di tubuh mereka..

botak pun boleh dikategori kan sebagai saxy untuk sesetengah orang

yang bertindik satu muka pun sexy kata mereka.

so..jangan lah peduli kan sangat kata orang lain pada rupa kamu..if kamu rasa kamu sedy berbuat demikian teruskan niat anda..tiada siapa yang layak untuk judge anda..mereka yang suka judge adalah mereka yang miskin dengan hidup..apa hak mereka kan?? rasa sexy untuk diri anda..

handsome gila kan muka saya..ini lah muka sexy saya yang paling latest..saya tidak peduli apa yang anda nak cakap..saya maintain happy

Friday, March 4, 2011

doa buat yg sdg bercinta

Ya Allah.... Seandainya telah engkau catatkan... Dia milikku tercipta buatku... Satukanlah hatinya dengan hatiku... Titipkanlah kebahagian antara kami.... agar kemesraan itu abadi... Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi... Seiringkanlah kami melayari hidup ini... Ketepian yang sejahtera dan abadi...


Tetapi ya Allah... Seandainya telah Engkau takdirkan.... dia bukan miliku... Bawalah ia jauh dari pandanganku.... Luputkanlah ia dari ingatanku... Dan peliharalah aku dari kekecewaan....

Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti.... Berikanlah aku kekuatan... Melontar bayangannya jauh ke dada langit... Hilang bersama senja nan merah.. agarku bisa bahagia... Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang Tercinta... Gantillah yang telah hilang.... Tumbuhkanlah kembali yang telah patah... Walaupun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah ya Tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirMu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana Engkau Maha Mengetahui... Segala yang terbaik buat hamba mu ini...
  
Ya Allah... Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku... Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba mu yang daif ini... Jangan Engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran... Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....


Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .




hanye tinggal angan2

Lisa Surihani Mohamed

Tarikh Lahir : 23 Mac 1986 Umur : 24 Asal : Alor Setar, Kedah Pendidikan : Sarjana Muda Undang-Undang, Kolej Universiti Help Pengacara : X-Fresh (Astro), Down Memory Lane (RTM), Nestle Space Challenge (ntv7), Hello 2006 (RTM), Whoa (ntv7), Anugerah Angkasapuri 2005 (RTM) dan Expresi Hobi : Membaca, mendengar muzik dan membeli belah.



sgt lah comel lisa..bkn stkt comel cantik lagi..ni la yg kte nk..artis yg clear rekod..btw..ble agaknye aq nk dpt rupe + bdn if can mcm si lisa ni..huhu..ok aq da mule nk merepek..tp otnhing impossible kn??  

Thursday, February 3, 2011

Sanggup segale hanya nak buktikan cinta pada bf??

"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..

Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Sunday, January 23, 2011

tolong lah jgn buat parents or mertua camni.

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini. 
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini..



Friday, January 21, 2011

mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Thursday, January 20, 2011

mimpi tiba-tiba

hye..ok..tutup mulut n bace je ape yg aq tulis..aq tao yg blog kali ni sepatutnye aq post zaman batu dulu kala..tp time tu x terpikir pn nk post pasal ni..lg 1 yg aq pelik nye ble aq x update blog sume menanye why?who?where?when?which? sume W kuar..n ble aq da update ade lak yg kate ko mimpi ape update blog tbe2..ble da update mcm obsess berblog lak kn..tgk je la..selang sehari aq update..amik kao..haha..x kesah la..blog hari ni untuk saje2 nk isi mase lapang aq kat umah..hari ni kn thaipusam..n class pn x de..tu yg bosan smpai terlintas niat nk berblog..lol..pagi td aq saje2 godek2 laptop kesayangan aq yg sedang nazak..tergedik lak tangan nk bukak folder gambar..terbukak la folder konvo..rndu lak moments konvo..jmpe kawan2 yg da lame berpisah..comel je sume..msg2 berbunge d tangan..congratez kawan2..aq tao aq ish paling lambat..mane x nye..konvo 5th december tp aq post 20th january..x mcm lame lak kn..dari zaman dinosaur smpai ke zaman morden ni..haha..kami selamat grad sebagai pelajar DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN PENGANGKUTAN.. setelah3 tahun study d segamat johor..selame ni aq kutuk2 segamat tp d situ la aq mendapat segulung diploma..dan kini aq berjaye mnyambung pelajaran ku ke tahap yg seterusnye which is degree in business transportation..seronok time konvo tu..sume pmpuan tggi2 nk mampos..ye la..kn peraturan girls kne pkai hills minimum 0.5 inch..ade member sorg tu smpai 5 inch pakai..x pasal2 die tggi dr aq dat day..u know who u r..hahha..x sume pic aq nkmasuk kn...leceh..huhu..bia x byk pic jnji memory always d kepale rite??

saat-saat sblm masuk ke dewan annexe uitm s.alm..bratur panjang nk mampos + panas pakai jubah tebal..

aida nabila..me..wan nurasilah

sementara menunggu turn nk masuk dewan

sumpah aq suke picture ni..credit to tisu!!

aq hadiah kn gambar ni utk sume yg tlg aq utk success dlm diploma aq..

yeah!!!gambar baling topi yg di idam kn oleh semua para graduan..

thats all..