Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

tolong lah jgn buat parents or mertua camni.

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini. 
Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.
Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.


“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini..



Friday, January 21, 2011

mat rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!

Thursday, January 20, 2011

mimpi tiba-tiba

hye..ok..tutup mulut n bace je ape yg aq tulis..aq tao yg blog kali ni sepatutnye aq post zaman batu dulu kala..tp time tu x terpikir pn nk post pasal ni..lg 1 yg aq pelik nye ble aq x update blog sume menanye why?who?where?when?which? sume W kuar..n ble aq da update ade lak yg kate ko mimpi ape update blog tbe2..ble da update mcm obsess berblog lak kn..tgk je la..selang sehari aq update..amik kao..haha..x kesah la..blog hari ni untuk saje2 nk isi mase lapang aq kat umah..hari ni kn thaipusam..n class pn x de..tu yg bosan smpai terlintas niat nk berblog..lol..pagi td aq saje2 godek2 laptop kesayangan aq yg sedang nazak..tergedik lak tangan nk bukak folder gambar..terbukak la folder konvo..rndu lak moments konvo..jmpe kawan2 yg da lame berpisah..comel je sume..msg2 berbunge d tangan..congratez kawan2..aq tao aq ish paling lambat..mane x nye..konvo 5th december tp aq post 20th january..x mcm lame lak kn..dari zaman dinosaur smpai ke zaman morden ni..haha..kami selamat grad sebagai pelajar DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN PENGANGKUTAN.. setelah3 tahun study d segamat johor..selame ni aq kutuk2 segamat tp d situ la aq mendapat segulung diploma..dan kini aq berjaye mnyambung pelajaran ku ke tahap yg seterusnye which is degree in business transportation..seronok time konvo tu..sume pmpuan tggi2 nk mampos..ye la..kn peraturan girls kne pkai hills minimum 0.5 inch..ade member sorg tu smpai 5 inch pakai..x pasal2 die tggi dr aq dat day..u know who u r..hahha..x sume pic aq nkmasuk kn...leceh..huhu..bia x byk pic jnji memory always d kepale rite??

saat-saat sblm masuk ke dewan annexe uitm s.alm..bratur panjang nk mampos + panas pakai jubah tebal..

aida nabila..me..wan nurasilah

sementara menunggu turn nk masuk dewan

sumpah aq suke picture ni..credit to tisu!!

aq hadiah kn gambar ni utk sume yg tlg aq utk success dlm diploma aq..

yeah!!!gambar baling topi yg di idam kn oleh semua para graduan..

thats all..




Wednesday, January 19, 2011

Setiap orang ada fantasi. Setiap orang ada impian.

Kepada semua orang yang bercita-cita untuk ada misai ala Datuk K atau A. Galak dan teringin menjadi seorang sugar daddy tetapi tidak kesampaian, aku boleh bantu kamu capai impian tersebut.Belilah buku Perempuan Simpanan dari mane2 bookstore x ksh la kinokuniya ke MPH ke popular, Boarders atau kedai buku di jalanan..Nescaya, dengan memiliki Perempuan Simpanan, kamu akan rasa seperti kamu ada misai ala Datuk K atau A. Galak dan diri kamu adalah seorang sugar daddy.

sila beli selagi stock masih ada..

bryan oh bryan

Semalam aku tonton filem Twilight.

Babak dimana kulit Edward Cullen berkilau-kilau bila dia terkena cahaya matahari tu membuatkan aku terus teringat pada Bryan Boy.

Sebab Byran Boy kata "I am so gay, I sweat glitter!" Heh..
Tapi memang cantiklah kulit Edward Cullen yang berkilau di bawah sinaran matahari tu.

Aku rasa M. Daud Kilau pun boleh jealous.


Ini Bryan Boy.


Friday, December 31, 2010

awsome new year dengan sayang

Assalamualaikum readers! 1st of al HAPPY NEW YEAR! N pastikan azam korg kali ni tercapai..jgn jd mcm azam tahun2 lepas lak..haha..azam je lbh..buat nye idok!! Detik 00:00am smlm sgt best.. aq bersame yang tersayang celebrate new year bersame..thanx AMIRUL IZHAR MUHAMAD..

Location: I-City shah alam
Date: 31/12/2010
Time: 00:00am

Mkan char kuey teow smbil tgk fireworks..teruja btl nengok..jakun mcm seumur hidup x penah tgk bunge api..hahaha..mane x jakun..tgk dgn boyfriend tersayang..heboh 1 kampung..skarang kite akan kerap jumpe..im hoping that x de lg halangan dlm hubungan ni..walaupn x de pics smlm memandang kan kami berdua x de la sekaye anda2 sekalian yg mampu pakai phone canggih..huhu..tp pics x penting tp memory tu penting kan..

Nape awsome?? Selain sambut new year same2 budak berjambang ni jugak teman aq men badminton..champion ni..3 game sume aq sapu..hahaha..1st time jugak la aq dapat kalah kn bf aq ni..tu la..org tua2 ckp jgn ckp besar..kn da kalah..haha..other than that ktorg same2 cari baju + seluar + kasut and mcm2 lg utk hari pertama bf aq arini..gd luck syg..i love u..

Tp 1 je yg aq x puas hati..tgah happy2 smlm smbut new year ade je mat2 rempit yg berlumba2 nak mati..mcm ade contest sape mati paling dasyat die menang..bodoh btl..agak2 la..jam gle kot smlm..still nk wat jalan tu bapak korg punye?? Hdup pn hanye ngn moto..sebok nk membangge kan bunyi moto masing2 yg kuat x ingat punye..kalo la smlm aq nmpak korg mati dpn mate aq terus dtg kat korg tepuk tgn utk korg..gelak cnfrm x ingtat dunia pnye la..huhu..perkare ke 2 yg aq x puas hati psl cncert tu..celake je..aq bajet de la artis best2..tp hampeh..artis yg djemput siot je..artis jawa siap nyanyi lgu 100 percent dangdut tu..ceyt..siap d penyanyi lagu india yg dikate kn lagu tu da berusia 700 tahun..amek ko..trus ktorg bwk diri ke spotlight pling besar kt i-city tu..smbil melantak char kuey teow tbe2 meletup fireworks..mmg strategik ah tempat yg ktorg duk tu..sume jakun habis..huhu..

Papepn..terima kasih sayang sbb teman aq sepanjeng 3 hari ni..aq hppy sgt..alaa..gado tu bnda normal..mg x de sape ley elak diri dr gadoh kn.,.tp sayang tu msih kuat..mg x ley nk tpu da..huhu..sory b sbb i-city je yg mampu syg bwk b utk clbrate new year..tp mg fun la 3 hari ni..thanx b..saye sayang awak amirul izhar..

Thursday, December 30, 2010

CREDIT TU MEK LA

Slm..hurmm..ttbe je pagi ni tringat bnda2 ni sume...mungkin sbb mlm td pg tgk cite 'aku masih dara' kot. Hidayah Allah tu ade je kat mane2 untuk insan yg Dia pilih..tapi..kadang2..kite sndri..yg dh mmg sedia islam ni..dan yg amalkn amal makruf nahi mungkar (InsyaAllah) selalu je pandang serong kat org2 lain yg mungkin jahilnya masih terserlah. Aku pernah terbace benda ni kat dlm buku an-naim dulu..dah lame dah..time skolah2 dlu..dah jd ingat2 lupe dah..tp nk try ingat balik lah jgk...lam buku tu....die ckp:

1) Kalau kita berjumpa dengan org yg jahat, jgn pandang mereka dgn serong dan bongkak hanya sbb kita yg lebih banyak ilmu agama dari mereka, sebab..kita tak tahu, mungkin satu hari nanti, Allah bagi mereka petunjuk dan hidayah untuk jadi lebih baik dan soleh dari kita dan mungkin jugak satu hari nanti Allah akan tarik nikmat islam yang ada pada kita..(nauzubillah)

2) Kalau kita jumpa budak kecik, jgn anggap mereka hingusan sebab belum byk kumpul pahala, sebab...mereka masih suci, dosanya belum sebanyak dosa kita.

3) Kalau kita jumpa orang tua, jgn kita pandang hina sebab amalan mereka mungkin lebih banyak dari kita, sebab...mereka dah lama buat amal berbanding kita.

4) Kalau kita dengar org jahil berbicara pasal agama, jgn la kita anggap mereka saje nak menunjuk-nunjuk, sebab...ape yg mereka cakap, kadang-kadang ade betulnya dan jadi ingatan untuk kita...sekurang-kurangnya...mereka ade sampaikan sepatah ayat dari Allah.

5) Kalau kita jumpa org kafir, jgn kita pandang keji pada mereka, sebab....hidayah Allah tu ada kat mana2..mungkin mereka akan jadi lebih baik dari kita yg sedia islam ni...dan tak mustahil, kalau Allah tarik agama yg ada pada kita, kita akan jd lebih jahat dan teruk dari mereka..(nauzubillah)

Sape yg pernah terbace benda ni, bolehlah share ye..saje..untuk ingatan bersama. Allah tu Maha Pengasih dan Penyanyang...riak, takbur, ujub dll dengan agama yg ada pada kita..itulah yg akan bukak pintu neraka untuk kita. Kalau kit ade member2 yg agak 'liar' (cnth: mnum arak, pgauln bebas etc) jgn la kita lari dr mereka...sebab mereka perlukan bimbingan kita. yang penting, kita kena pandai cari jalan untuk dekatkan mereka kepada Allah. Bukan dgn sindiran. Nikmat tuhan tu besar dan luas...tapi nikmat yg paling berharga ialah nikmat iman. Kita mungkin berbeza tapi ingat...pada akhirnya..kita semua sama...berkumpul di padang mahsyar untuk dihitung...bezanya alaman kita. Maka, rendahkan lah hati kita. Semoga kita mendapat hidayah dariNya dan sentiasa dlm redhaNya...amin..('',)